Friday, June 06, 2008

Tokoh-tokoh terkenal dilantik MPT KeADILan

Salmiyah Harun
Fri | Jun 06, 08 | 1:20:59 pm MYT

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Hrkh) - Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) selesai melantik lapan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu baru-baru ini dan pada 8 Jun akan datang mesyuarat pertama MPT baru akan diadakan.

Demikian diumumkan oleh Setiausaha Agungnya Dato� Salehuddin Hashim.

Di antara mereka yang dilantik ialah bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Dr Mohd Noor Manuti yang bertindak selaku Penyelaras Dasar Parti.

Manakala bekas Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat, Cikgu Nordin Hj Mahmud merupakan penyelaras kepada bekas guru-guru Melayu bagi pihak parti.

Selain itu turut dilantik ialah bekas Pengerusi Perhubungan Negeri Kelantan, Nik Mahmood Nik Hassan, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Syed Shahir Syed Mohamud, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar, Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor Hee Loy Sian, bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dan Ahli Lembaga Disiplin Parti Dato� Yeop Adlan, dan bekas Timbalan Setiausaha Agung Low Chee Chong.

Dalam pada itu, keADILan juga mengalu-alukan kemasukan ahli baru, bekas Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Dato' Dr Mohd Adam Harun yang kini memegang jawatan Naib Ketua Bahagian Tumpat Kelantan.

Turut dialu-alukan, kata Salehuddin Hashim penyertaan bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Mentakab, Dato� Mat Lazim Derani.

"Dengan adanya suntikan tenaga baru ini dan berbekalkan pengalaman dan komitmen mereka akan memantapkan lagi agenda pemerkasaan parti di semua peringkat demi meneruskan perjuangan menegakkan keadilan untuk semua rakyat di Malaysia," kata Salehuddin. - mns


No comments: