Tuesday, October 30, 2007

Deklarasi 'Pemuafakatan Serambi Makkah'

Mohd Azmi Abdul Hamid
Wed | Oct 31, 07 | 7:52:15 am MYT

'Dengan nama Allah Yang Pemurah dan Penyayang'

Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang yang berjuang di jalannya dalam barisan yang teratur umpama bangunan yang tersusun:kukuh (Ash-Shaff:4)


Sesungguhnya (agama Tauhid) Ini adalah agama kamu semua; agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, Maka sembahlah Aku. ( Al-Anbiyaa': 92)

Dengan ini; Persidangan Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Islam Malaysia di Kota Bharu , Kelantan pada 15-16 Syawal 1428/27-28 hb Oktober 2007 yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim dan Sekretariat Kongres Umat Islam Malaysia (SKIMA) dan disertai 500 orang perwakilan dari 78 Pertubuhan-Pertubuhan Islam peringkat Negeri dan Kebangsaan telah bermuafakat bahawa:

Menyedari bahawa seluruh pendokong Pertubuhan-Pertubuhan Islam sebagai golongan yang lebih dipertanggungjawabkan untuk membela agama Allah. Oleh itu sewajarnya kita terus memikul tanggungjawab memandu, memimpin serta membimbing umat agar jelas dengan visi dan misi untuk membangun bersama Islam dan menghayatinya dalam kehidupan yang diredhoi oleh Allah.

Memahami bahawa tugas Pertubuhan-Pertubuhan Islam amat berat terutama dalam keadaan cabaran semakin bertambah. Para aktivis Pertubuhan-Pertubuhan Islam perlu bersedia dan melengkapkan diri dengan ilmu, kemahiran dan siasah kepimpinan yang diperlukan disamping banyak memahami dan menganalisis permasalahan umat semasa. Pertubuhan-Pertubuhan Islam perlu bijaksana dalam merancang, menjana program tindakan untuk dilaksanakan.

Menginsafi bahawa umat sedang menghadapi berbagai masalah dan cabaran sama ada berbentuk lokal atau global. Sikap ulama dan umat haruslah terus positif bahawa tiada masalah yang tidak dapat ditangani dan diatasi asalkan semangat berjihad dan berkorabn untuk Islam disuburkan . Sikap pertama yang harus dipupuk ialah melihat masalah itu sebagai peluang dan cabaran, bukan penghalang.

Mengingati bahawa dalam Pertubuhan-Pertubuhan Islam masih wujud kelemahan dan kekangan yang perlu diatasi segera, kelemahan tersebut termasuk kekurangan menterjemahkan potensi dan meningkatkan kemahiran beroganisasi, keengganan berjuang dalam wadah Ulama kerana kepentingan masing-masing. Akibatnya berlaku pengabaian usaha membasmi kejahilan umat. Ulama berpecah, umat sengsara dan parah.

Mewaspadai taktik dan rancangan golongan yang memusuhi Islam melalui pelbagai cara sama ada secara terang atau tersembunyi, bersikap lokal, nasional atau global. Maka, para Pertubuhan-Pertubuhan Islam perlu bangkit, bertindak, menyatukan barisan dan menguatkan perpaduan dan intergriti serta berusaha secara jamaĆ¢€™i menghadapi tantangan musuh dengan strategi yang lebih berkesan.

Mengambil perhatian bahawa ukuran kejayaan sesuatu usaha Pertubuhan-Pertubuhan Islam bukan terletak kepada semangat dan laungan semata-mata, bukan hanya menghasilkan resolusi demi resolusi tanpa tindakan yang berkesan. Para aktivis, Pertubuhan-Pertubuhan Islam dan pendokong mereka seharusnya berganjak ke suatu paradigma baru yang menekankan strategi bertindak secara rapi , perlaksanaan secara konsisten , mendepani seteru Islam secara berani dan yakin dan membina barisan amilin secara berterusan.

Meneliti bahawa perkembangan muktakhir umat Islam di rantau Palestin, Iraq dan Afganistan terus bergolak angkara tindakan musuh Islam dan kuasa penjajahan disamping kelemahan dalaman umat. Umat Islam seluruh dunia perlu bertindak membantu dan membebaskan saudaranya yang dizalimi.

Mengingati usaha untuk memperkasakan Ummah perlu komitmen berterusan dan dan meningkat. Para aktivis Pertubuhan-Pertubuhan Islam dan anggota mereka serta Ulama dan Umarak perlu membantu dan bekerjasama dalam bidang yang boleh disepakati dan mengelakkan perselisihan yang merugikan umat.

Menginsafi bahawa usaha untuk mencerdaskan umat perlu bermula dengan pendidikan dari peringkat paling dasar hingga ke tahap yang tertinggi, membangun intelektual, membina budaya ilmu, budaya Iqra dan menghayatinya dalam kehidupan.

Memahami bahawa status umat masa kini dilihat dari perspektif nasional dan global belum menampakkan kesatuan yang kukuh dan mempunyai kekuatan dari segi rohani, spiritual, dan intelektual Maka usaha berterusan perlu digandakan untuk membantu keadaan yang masih gawat.

Menghayati bahawa tugas murni para aktivis dan pendokong Pertubuhan-Pertubuhan Islam sejak dulu, kini dan selamanya sentiasa berusaha mencerdaskan diri dan umat, menambah ilmu, menegak dan menghayati syariah dan akhlak Islami, melaksanakan amanah Allah serta ikhlas membangun umat secara jama'i.

Maka Kami dari Pertubuhan-pertubuhan Islam Beriltizam dan Bermuafakat:

1. Meningkatkan keberkesanan gerakkerja Pertubuhan-Pertubuhan Islam masing-masing demi menyumbang kepada usaha mendaulatkan Islam di negara ini khususnya dan dunia ini amnya.

2.Menggabungkan seluruh kekuatan antara pertubuhan-pertubuhan Islam dalam suatu saf gertakerja yang lebih tersusun dan berkesan untuk mengangkat martabat umat dalam seluruh bidang kehidupan.

3. Menjadikan pertubuhan-pertubuhan Islam sebagai wadah pemersatu ummat dan benteng mempertahankan izzah serta kesucian Islam dari segala ancaman musuh.

4. Mengikis segala sikap dan amalan yang merugikan ummah dalam mendaulatkan Islam dikalangan wadah-wadah Islam samada dalam tindakan individu atau kumpulan. Seluruh anggota aktivis dan kepimpinan organisasi Islam perlu saling menghormati ,mengukuh dan meningkatkan kerjasama yang efektif demi kecemerlangan Islam.

5. Sentiasa berwaspada dalam menghadapi strategi musuh untuk mengadu domba dan melemahkan organisasi Islam. Semua kepimpinan Islam perlu mengukuhkan persepakatan dalam mengenali gerak geri musuh.

6. Membina suatu imej yang sentiasa menjadikan pertubuhan-pertubuhan Islam sebagai pembawa mesej penyayang, penegak keadilan dalam sosial dan hak demokrasi kepada segenap masyarakat sama ada Islam dan bukan Islam.

7. Sentiasa memberi keutamaan kepada pembinaan syaksiah dan nilai hidup muslim yang sejati melalui pendekatan tarbiyah dan dakwah berkesan kearah mewujudkan model-model masyarakat Islam yang dapat dicontohi.

8. Sentiasa menggerakan usaha untuk menjadi pembela kepada hak masyarakat yang tertindas dan terpinggir dari proses pembangunan demi mengembalikan kesejahteraan dan kesaksamaan sosial.

9. Membina jaringan dan penggabungan sumber tenaga dan material untuk membenteras gejala sosial sehingga ke akar umbi.

10. Mengusahakan gerakerja yang dapat memurnikan kepimpinan politik negara melalui pendidikan awam berkaitan prinsip dan kewajipan politik di dalam Islam.

11. Sentiasa bergabung tenaga dalam mengarus perdanakan proses menggangkat kepimpinan ulama dalam proses pembinaan negara.

12. Menggiatkan usaha yang lebih tersusun, terancang dan berkesan dalam mengukuhkan status dan kekuatan ekonomi ummat dalam seluruh bidang termasuk pertanian, perkhidmatan, perindustrian dan pengeluaran demi melahirkan masyarakat Islam yang mandiri.

13. Sentiasa meningkatkan pengembelengan usaha untuk gerak kempen pembasmian rasuah dan penyalahgunaan kuasa dari segenap peringkat.

Allahu Akbar.

Sekian.

Pengarah,
Persidangan Pertubuhan-pertubuhan Islam MALAYSIA

Saturday, October 27, 2007

Siddiq Fadhil anggap corak pilihanraya kampus dikendali merosakkan masa depan bangsa

Kota Bharu, 27 Oktober - Bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Datuk Dr. Siddiq Fadhil menyelar kaedah penyelenggara pilihanraya kampus baru-baru ini yang dianggap menanamkan benih kerosakan kepada generasi masa depan.

"Saya tidak berminat untuk menyokong sesiapa yang bertanding dalam pilhanraya itu tetapi kaedah pelaksanaannya yang bertentangan dengan nilai demokrasi dan keadilan universal amat merbahaya kerana para pelajar ini akan keluar sebagai pemimpin pada masa depan," kata beliau.

Dalam satu pilihanraya hanya untuk peringkat kampus, tidak harus nilai-nilai buruk dalam sistem pollitik dipaksakan secara berleluasa, kata beliau ketika membentangkan kertaskerja di persidangan pertubuhan-pertubuhan Islam Malaysia 2007 di sini pagi tadi.

Persidangan yang disertai lebih 200 pertubuhan bukan kerajaan itu dianjurkan Kerjaan Negeri Kelantan dengan kerjasama beberapa pertubuhan Islam terkenal.

Thursday, October 04, 2007

UIA kekal di tangan 'pro-siswa'

02-10-2007 11:08:31 PM
Oleh SALHAN K. AHMAD

GOMBAK: Calon pro-mahasiswa menggondol hampir kesemua 37 kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di Universiti Islam Antarabangsa di sini hari ini, satu-satunya kampus yang masih berjaya dikuasai kumpulan bukan pro-aspirasi sejak 2004.

Calon pro-aspirasi pula hanya berjaya meraih tiga kerusi -- dua di Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan satu lagi di Fakulti Senibina dan Reka Bentuk Persekitaran di kampus Kuala Lumpur.

Kesemua 17 kerusi fakulti di kampus cawangan Kuantan pula tidak menyaksikan sebarang pertandingan daripada calon pro-aspirasi.

Jumlah ini tidak termasuk lapan kerusi yang diperuntukkan untuk pelajar dari luar negara.

Seorang bekas pemimpin MPP berkata, tiga calon berkenaan adalah daripada kumpulan pro-aspirasi berdasarkan dakwaan yang dibuat mereka semasa berkempen semalam.

Ditemui mStar Online lewat hari ini di pusat penjumlahan undi di sini, sumber itu berkata secara umumnya pelajar UIA tidak cenderung memilih calon daripada kem pro-aspirasi, kumpulan mahasiswa yang sering dilabel pro-kerajaan atau pentadbiran kampus.

"Jika calon tidak kata dia pro-mahasiswa, sukar untuk dapat undi majoriti," katanya.

Bagaimanapun peraturan pilihan raya di UIA, seperti di institusi-institusi pengajian tinggi awam (IPTA), melarang pelajar membentuk atau berkempen secara berkumpulan.

Rektor UIA pula mendakwa pengaruh pembangkang mulai pudar di kalangan calon-calon yang bertanding semenjak pelajar-pelajar diwajibkan mengundi pada 2003.

"Jika kita tidak buat peraturan begitu, pelajar tidak akan keluar mengundi. Dengan cara ini, jika mereka gagal untuk keluar mengundi, pelajar berkenaan perlu mengemukakan surat tunjuk sebab," kata Prof Datuk Dr Syed Arabi Idid ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Sebanyak 83.6% daripada 14,726 pelajar yang layak keluar membuang undi, termasuk 898 orang pelajar asing.

Dr Syed Arabi menambah, peraturan baru yang diperkenalkan sejak empat tahun lalu, antaranya, calon-calon yang membentuk kumpulan atau pakatan akan dibatalkan pencalonannya.

"Tidak ada keperluan pun untuk membuat pakatan, kerana perwakilan pelajar ini hanya berfungsi untuk menjaga kebajikan pelajar. Mereka tidak ada kuasa sebagai badan induk bagi menyelia pertubuhan-pertubuhan pelajar di kampus ini, tidak seperti di IPTA lain.

"Di IPTA, MPP dikawal di bawah akta Akta Universiti dan Kolej Universiti dan pertubuhan ini (MPP) diberi kuasa untuk menguruskan dana, tetapi di sini, situasi itu tidak wujud. Tetapi kita berilah mereka pejabat untuk beroperasi," katanya.

"Status mereka tidak lebih daripada satu lagi kelab di universiti ini. Mereka juga bebas untuk mengkritik, tetapi suara mereka tidak berupaya untuk mengubah polisi universiti, jadi tidak perlulah mereka bergabung sesama sendiri."

Kumpulan pelajar "pro-mahasiswa", sebagai label yang membezakan mereka daripada "pro-aspirasi", di UIA pernah menggunakan slogan "We Unite for Islam atau WUFI."

Kumpulan pro-mahasiswa memenangi majoriti 12 daripada 16 kerusi fakulti yang dipertandingkan tahun lalu, sementara selebihnya dimenangi tanpa pertandingan.

Pakatan calon-calon tersebut dikatakan punca utama barisan exco MPP di UIA digantung tanpa sebarang kegiatan selama empat bulan selepas pemilihan pada September 2006.

Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UIA Hamidon Abd Hamid bagaimanapun berkata "pergantungan" itu akibat kegagalan mereka mencapai kata sepakat untuk melantik presiden dan exco tertinggi MPP kerana sangsi dengan kecenderungan politik masing-masing.

"Satu pihak kata calon ini buat kumpulan, jadi dia tidak mahu sokong. Satu pihak lagi pun begitu juga. Jadi kami terpaksa beri mereka masa untuk selesaikan masalah tersebut," kata Hamidon ketika ditemui mStar Online hari ini.

Tuesday, October 02, 2007

Iran Revolutionary Guards' role growing

By SALLY BUZBEE, Associated Press Writer Tue Oct 2, 4:32 PM ET

TEHRAN, Iran - They own car factories and construction firms, operate newspaper groups and oil fields and increasingly, serve in parliament or become provincial governors. To supporters, the Revolutionary Guards are the cream of Iran's talent.

To the United States, they are simply terrorists.

Either way, the group formed to safeguard Iran's 1979 Islamic revolution has pushed well beyond its military roots: Current and former members now hold a growing role across the country's government and economy, sometimes openly and other times in shadow.

The election of a hard-line president two years ago sharply accelerated that influence, recent interviews here suggest. Supporters of supreme leader Ali Khamenei and his protege, President Mahmoud Ahmadinejad, have sought to consolidate power by putting allies in key positions, potentially shaping Iran for years to come.

"We don't support it," Mohsen Mirdamadi, who leads Iran's largest pro-reform party, said of the guards' spreading influence. "It can be reversed with a change of government — but slowly."

Publicly, the guards now own or control numerous companies that receive lucrative, often no-bid government contracts in the oil and gas industry, farming, and road and dam construction. Their winning of deals is often announced outright in Tehran newspapers.

Other times, the group's business deals are shrouded in mystery and merely whispered about.

In one example, the guards are thought to run a network of unauthorized docks and trading firms importing consumer goods, tariff-free, into Iran, said Mehdi Khalaji, a researcher at the Washington Institute for Near East Policy.

That would be a lucrative business in Iran, where Western goods are harder to obtain.

In addition, an Iranian company that manufactures Japanese cars inside Iran is also thought to be owned by the guards, said Khalaji.

The guards have gained a particularly big role in the country's oil and gas industry in recent years, as the national oil company has signed several contracts with a guards-operated construction company. Some have been announced publicly, including a $2 billion deal in 2006 to develop part of the important Pars gas field.

Often, firms owned by Revolutionary Guards will get noncompetitive bids for major oil or construction projects and then outsource the project to others, operating essentially as a "private mafia," said Karim Sadjadpour, an Iranian-American who works at the Carnegie Endowment for International Peace in Washington.

Ray Takeyh, an Iran expert at the Council on Foreign Relations in New York, said the guards also have gained lucrative telecommunications contracts, and have known links with university labs, weapons makers and firms linked to Iran's nuclear program. All are industries with clear dual-use — civilian and military — potential, giving the guards firm links to many vital military-related industries.

The business deals also make the guards less reliant on Iran's more democratic and transparent institutions, such as parliament, for their funding. The no-bid government contracts often lack any independent oversight such as from parliament's budget process, meaning money from them can be diverted into overseas operations with little notice, other analysts said.

At least 80 former guards also are in parliament out of a total of 290 seats. Others serve as mayors and provincial governors. Former commanders also make up about two-thirds of the current Cabinet, according to some estimates, and Ahmadinejad himself is a former guards commander who went on to Tehran's mayor before being elected president.

That influence is a far cry from the group's original roots: It was founded in 1979 in the revolution's wake to provide a counterbalance to the U.S.-trained military at a time when Iran's new Islamic leaders feared the army might remain loyal to the deposed shah.

The Revolutionary Guards won widespread admiration and even public reverence in the 1980s when they defended Iran from Saddam Hussein's regime during the long, devastating Iran-Iraq war.

Now numbering about 125,000 members, they report directly to the supreme leader and officially handle internal security. The small Quds Force wing is thought to operate overseas, having helped to create the militant Hezbollah group in 1982 in Lebanon and to arm Bosnian Muslims during the Balkan wars.

The Bush administration accuses the Quds Force of sending fighters and deadly roadside bombs, mortars and rockets to kill American troops in Iraq in recent years — allegations that Iran denies.

The United States pressures U.S. and European banks to do no business with Iranian banks, such as Bank Sedarat that the Bush administration believes help finance guards' business operations. But the United States is also considering naming the entire group as a foreign terrorist organization, presumably allowing wider financial crackdowns.

Hard-liners within Iran generally both downplay and defend the guards' role.

Hossein Shariatmadari, a former guard member himself who is close to Khamenei, now runs the large Kayhan group of newspapers and magazines in Tehran. He said the prominence of former guards in business and politics is understandable because they often have the engineering training and management skills to run many industries. The group's primary focus remains safeguarding the country from outside threats, especially from the West, he said.

Even some outsiders wonder how much a terrorist designation would really do. Takeyh called the guards' business enterprises "murky and ambiguous" and said it would thus be difficult to target them precisely.

In addition, not all former guards are hard-liners. Many members of the country's reform movement and democratic opposition are also former guards, Takeyh noted, "making a terrorist label even more problematic."

Monday, October 01, 2007

Pas ramal pilihan raya Mac 2008

KUALA TERENGGANU 1 Okt. – Pas meramalkan pilihan raya umum akan diadakan pada Mac atau selewat-lewatnya pertengahan tahun depan berdasarkan beberapa perkembangan dalam negara yang menuntut penjelasan daripada kerajaan.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustafa Ali berkata, sebelum ini, Pas menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan pada November ini, namun beliau percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menangguhkannya sehingga tahun depan berikutan beberapa isu yang masih belum selesai.

Beliau mendakwa, selagi isu-isu berkenaan tidak selesai, UMNO tidak mempunyai keberanian untuk menghadapi pilihan raya lebih awal.

“Walaupun UMNO belum bersedia tetapi Pas sudah lama bersedia. Saya nampak Perdana Menteri dan UMNO belum bersedia untuk mengadakan pilihan raya umum bulan November ini,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat Pas di sini hari ini.

Menurut Mustafa, antara isu hangat yang menuntut penjelasan kerajaan adalah rakaman video antara seorang peguam kanan mengenai urusan pelantikan hakim, rusuhan di Batu Burok, isu pemindahan ternakan babi di Melaka dan beberapa isu lain.