Friday, June 20, 2008

MT SAPP setuju usul undi tak percaya - Teck Lee

- Bernama

KOTA KINABALU 20 Jun - Majlis Tertinggi (MT) Parti Maju Sabah (SAPP) bersetuju supaya usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dikemukakan di Dewan Rakyat pada Isnin ini.

"Setelah menimbang semua pendapat, Majlis Tertinggi membuat keputusan menyetujui usul itu dibawa," kata Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar majlis itu di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, mesyuarat hari ini tidak membuat keputusan sama ada SAPP akan keluar daripada Barisan Nasional.

Seramai 33 daripada 35 anggota Majlis Tertinggi SAPP hadir, kecuali Timbalan Presiden yang juga Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Enchin Majimbun dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah kawasan Likas, Datuk Liew Teck Chan. Kedua-duanya berada di luar negara.

Mesyuarat itu diadakan bagi membincangkan hala tuju parti itu ekoran kenyataan Yong pada Rabu lepas bahawa SAPP telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah sebagai Perdana Menteri.

Semalam, Dewan Tertinggi BN yang mengadakan mesyuarat di Kuala Lumpur membuat keputusan tidak akan mengambil tindakan ke atas SAPP sehingga mendapat kepastian sama ada kritikan oleh Yong itu adalah pendirian parti atau bersifat peribadi.

Majlis Tertinggi SAPP juga menggariskan 'Perisytiharan Penduduk Sabah' bagi membawa perubahan dalam negara ke arah mewujudkan satu kerajaan beramanah dan satu masyarakat yang adil, harmoni dan progresif.

Perisytiharan itu ialah:

No comments: