Wednesday, July 05, 2006

Masyarakat Malaysia bersama Palestin

Rakyat Malaysia akan terus menyatakan sokongan moral dan material kepada rakyat Palestin yang terus menjadi mangsa keganasan regim zionis Israel dan sekutunya.
Meskipun terdiri dari pelbagai kaum tidak ada rakyat negara ini yang bersedia bersekongkol dengan pencabulan hak asasi manusia yang terus dilakukan tanpa sebarang belas kasihan.
"Tindakan terbaru regim yang cuba menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat secara sah melalui jalan ganas akan menarik lebih simpati masyarakat kita" kata Presiden Ikatan Penggerak Sosial Malaysia (Penggerak), Encik Mohamed Zainalabidin Hussin.
Menurut beliau seluruh lapisan masyarakat akan terus mengadakan pelbagai tindakan yang perlu bagi menyatakan bantahan terhadap kejahatan moral seperti ini.
"Selain usaha mengutip dana membantu, pelbagai protes termasuk tunjuk perasaan sudah pasti akan menarik rakyat pelbagai golongan,"kata beliau.