Tuesday, April 07, 2009

A status quo yet so sweet

– Ismail Md Nor

APRIL 8 – Semalam menyaksikan peristiwa yang penuh bermakna, kemenangan Pakatan Rakyat di dua Bukit.

Status quo? Tidak – jika diteliti bentuk dan substansnya. Bentuk – majoriti PR bertambah di dua bukit itu. Makna dan implikasinya – menjangkau lebih jauh. Batang Ai? Padang yang memang tidak landai bertambah curam di bumi kenyalang itu. Apapun, lebih 2000 undi milik calon PKR boleh dibanggakan.

Kemenangan PR di dua bukit tidak terdugakan oleh BN; mereka mengharapkan kemenangan sekurang-kurangnya di Bukit Selambau.

Kemenangan PR mempamerkan suara rakyat atau referendum berupa:

Sokongan kepada:

1. Nizar – MB Perak yang digulingkan oleh siapa lagi ... PM yang baru.

2. Kerajaan PR Perak.

3. PKR

- yang menghadapi pelbagai dugaan di Selangor, Perak dan Kedah;

- yang belum pulih daripada imej ‘the weakest link’ dalam Pakatan;

- yang memilih calon muda Manikumar (yang dijangka setia).

4. Anwar Ibrahim – tokoh politik paling gigih walaupun dilanda pelbagai rintangan.

5. Altantuya – kemenangan ini satu tribut untuknya sama ada dia layak atau tidak menerimanya.

6. Rakyat Malaysia kerana tetap pendirian mahukan perubahan sebenar dan tidak mudah goyah dengan slogan PM baru. (Dua bukit ini merupakan sampel yang baik mewakili seluruh rakyat Malaysia – kecuali Sabah dan Sarawak).

7. Harakah dan Suara Keadian yang diharamkan menjelang PRK itu dan ‘dipolitikkan’ Najib melalui langkah ‘menghalalkan semula’.

8. Media Baru – yang mengambil alih peranan media perdana (yang dikuasai dan diselewengkan oleh BN) memberikan maklumat dengan berkesan (jitu dan cepat) serta membuat jangkaan yang munasabah.

Tamparan kepada:

9. Najib

- PM baru dengan paradigma baru yang gagal mempesonakan rakyat;

- Slogan ‘One Malaysia, People First, Performance Now’ gagal mengubah nasib partinya;

- Dibandingkan prestasi BN pada PRU11 2204 sejurus selepas Pak Lah menjawat PM, aduhai kesiannya Najib ...

- Ini menjadikan Najib PM yang paling tak popular pada masa pertabalannya. Ke mana lagi akan menjunamnya?

- Rakyat Perak masih belum dapat emaafkan petualang yang merampas kuasa di negeri mereka walaupun cuba didinginkan selama 60 hari.

10. SPR yang jelas bersubahat dengan BN

11. - memilih tarikh yang memihak kepada BN;

- menetapkan peraturan baru yang memihak kepada BN.

11. Tun Mahathir yang tidak mampu bersinar lagi. Dia mempunyai saham dalam meruntuhkan Umno dan BN tetapi untuk membantu menguatkannya kembali tidak semudah yang difikirkannya.

12. Pemimpin-pemimpin Umno/BN yang lain tua dan muda, lama dan baru, antaranya:

- Rafidah Aziz yang mengimpikan ‘hadiah’ buat Najib;

- Muhyidin (bakal TPM) – pengarah jentera BN – yang menampakkan keyakinannya untuk BN menang atas alasan kepimpinan baru;

- Ahmad Zahid Hamidi – Naib Presiden Umno, orang kuat BN di Perak;

- Zambry Abdul Kadir yang merelakan dirinya digunakan untuk merampas jawatan Nizar.

13. Media perdana – akhbar, TV dan Radio – yang tak jemu-jemu berkempen untuk BN dan memomokkan tokoh-tokoh Pakatan. Sampai bilakah media perdana akan sedar bahawa liputan berat sebelah, fakta yang diputarbelit, hentaman kepada pihak lawan secara keterlaluan, analisis yang memualkan hanya akan ‘back-fire’ dan meruntuhkan lagi sokongan pengundi atas pagar yang kian cerdik dan celik maklumat. Ia mungkin sesuai untuk pengundi orang kampung tahun 70’an, but not now!.

14. PDRM yang merelakan dirinya digunakan sewenang-wenangnya oleh BN.

15. BN. Jelaslah nasib BN belum berubah – walaupun dengan pimpinan baru. Slogan baru belum dapat memenangi hati rakyat. BN perlu menyesuaikan diri dengan reality baru yang telah bermula pada Mac 2008, bukan cuba menafikannya.

Kesan tsunami politik 2008 belum berakhir; mungkinkah ia baru bermula dan sedang mengumpul tenaga untuk menjana perubahan yang lebih besar.


* Ismail Md. Nor is a reader of The Malaysian Insider.

No comments: