Sunday, July 22, 2007

WPI akan jadi wilayah kedua Singapura?

Oleh: Abdul Aziz Ismail

Sejak beberapa minggu yang lalu, saya berke­sempatan menonton iklan promosL Wilayah Pem­bangunan Iskandar (WPI)
di saluran TV Channel NewsAsia (CNA), terbitan Singapura yang di­tay1mgkan berulangkali dalam sehari yang mungkin bertujuan mengajak pelabur Singapura dan asin'g yang ~ berpengkalan di Singapura supaya menyertai projek raksaksa itu.
Dalam iklanpromo itu, PM Ab­dullah Badawi memberi pandangan secara serius dan terbuka bahawa dari segi geografi, kawasan selatan Johor dan Singapura adalah wilayah strategik yang sudah sedia terbentuk menjadi hab untuk dimaju dan di­jadikan pusat pertumbuhan ekonomi yang paling berpotensi bagi rantau Asia Tenggara.
Kata beliau, kedua wilayah itu boleh mencapai kemajuan seperti Hong Kong dan wilayah Shenzen di selatan Cina.
Seorang penganalisis Bank terke­muka CIMB yang berpusat di KL telah menyebut jika wilayah itu dibangunkan dengan pesat ia boleh menjadi wilayah kedua Singapura di mana republik itu boleh mengem­bangkan sayap ekonominya dalam banyak sektor seperti penyelidikan perubatan, pendidikan, perindustri­an, pengilangan, pelancongan dan kewangan.
Singapura boleh mengalib dan memindahkan (relocate) ke­banyakan aktiviti ekonominya yang berkos tinggi ke WPI kerana berba­gai insentif luarbiasa yang ditawarkan dan kos pengendalian yang murah.
Projek raksaksa yang diang­garkan mengambil masa selama 20 tahun untuk siap sepenuhnya dijang­ka mengundang pelaburan berjum­lah USD 100 billion dari serata dunia.
Dan berdasarkan maklumat yang disebar luas di selatan tanahair, hampir 40 peratus dari tapak kilang, bangunan . industri dan komersial serta tapak rumah kediaman, teruta­ma di bandar baru Nusajaya, telah dibeli oleh pelabur-pelabur dari Sin­gapura.
Sebahagian besar lagi baki haratanah itu dibeli oleh warga kita bukan Bumiputera. Soalnya, berapa peratuskah yang sudah dimilikki oleh Bumiputra atau syarikat Bu­miputra Johor terutamanya di kawasan strategik yang dikatakan akan menjadi pusat pentadbiran baru kerajaan negeri Johor?
Dengan pakej Insentif & Sokon­gan (Insentive & Support Package ­CISP) yang terlalu mewah ditawarkan kerajaan kepada pelabur­peabur asing khususnya dari Singa­pura bolehlah dijangkakan akan hanyak hartanah milik kita yang akan jatuh ke tangan warga asing.
Apatah lagi dengan kadar nilai wang dollar Singapura (SD) atau dollar Amerika (US D) yang tinggi dibandingan nilai wang kita, ini bermakna pelabur-pelabur asing telah membeli dengan harga poton­gan 50 hingga 70 peratus dari harga sebenar hartanah itu mengikut nilai wang mereka.
Ada kebenaran juga kritikan keras dan rungutan yang dilontarkan oleh bekas PM Dr Mahathir, Tengkau Razaleigh dan pem­bangkang bahawa kebanyakan orang Melayu Johor yang terjejas di kawasan WPI itu akan terusir keluar dari kawasan pembangunaan itu ker­ana tidak mampu memilkki hartanah di situ.
Dengan perkataan mudah, anak jati Johor mungkin akan dihambat keluar dari daerah pesat membangun WPI sementara orang asing teruta­ma orang Singapura dan warga tem­patan bukan Bumiputra hidup mewah di bangunan dan kondominium indah, cantik dan tersergam di tanah yang asalnya kepunyaan orang Melayu.
Apakah maksud peribahasa lama kita akan berulang; anak cucu sendiri kelaparan (kesusahan), kera liar di hutan (orang luar), disusukan!
Apakah ini harga pembangunan yang harus dibayar oleh anak jati Johor yang sekian lama sejak dari zaman datuk nenek mereka dulu pernah mendiami kawasan itu? Adakah mereka dibayar pampasan yang sewajarnya di atas pengambilan tanah-tanah mereka itu?
Setakat ini berapakah jumlah syarikat tempatan, terutama bumiputra yang sudah menempah tanah dan tapak di WPI? Bagaimana dengan partisipasi kaum peniaga Bumiputra Johor di daerah itu ­adakah nasib mereka terbela, diberi hak istimewa dan peluang yang setimpal? Janganlah kerana hendak mengejar sangat kemajuan dan matlamat projek yang sudah dirancang itu hingga kita lupa batas-batas hak, wilayah dan kedaulatan bangsa dan tanah milik kita.
Kerajaan harus berwaspada, apa­bila hartanah milik kita telah ter­lepas kepada pihak asing amatlah sukar bagi kita mendapatkannya semula apatah lagi berhadapan den­gan kerenah pemerintah Singapura yang terkenal dengan sikap mahu menang selalu dan tidak mahu kalah (kiasu).
Kerajaan hendaklah berhati-hati dalam menderaf dan membuat berbagai perjanjian, peraturan atau insentif, jangan sampai melukakan hati rakyat dan menjejas kepentin­gan masa depan negara semata-mata mahu mengejar masa bagi mereal­isasikan projek besar itu.
Biarlah kita lambat sedikit dan tidak terburu-buru kerana ditakuti jika salah perhitungan dan terlepas pandang pada isu-isu yang sig­nifikan dan sensitif, akan membawa penyesalan yang tidak terhingga hingga ke anak cucu.
Apakah erti kemajuan dan pem­bangunan jika ia hanya dinikmati dan dipunyai oleh sebahagian besar orang luar yang memang berduit,' tetapi anak bangsa sendiri terlempar' jauh ke luar kota kerana mereka tidak mampu memiliki?
Adakah kerajaan sudah merencana satu plan konkrit yang kompre­hensif bagaimana menyertakan sama pembangunan ekonomi pesat di daerah itu dengan partisipasi hebat dan tinggi dari kaum Bumipu­tra terutamanya orang Johor?
Penubuhan Jawatankuasa Khas Peringkat Menteri antara Malaysia dengan Singapura dikatakan akan menyelesaikan masalah keluar masuk di antara kedua buah negara melalui pengenalan kad pintar di s­amping perundingan mengadakan teksi air dan berbagai pakej pelan­congan.
Dengan istilah lain, kerajaan kita akan bekerja rapat dan aktif dengan Singapura untuk memudahkan ke­lancaran dan perlaksanaan projek WPI. Tetapi kita hairan, mengapa tidak kerajaan mengadakan syarat meminta pemerintah Singapura meneruskan pembinaan semula Jam­batan Bengkok atau Lurus bagi memudahkan lagi urusan keluar masuk penduduk, pelabur dan pen­gankutan bagi melicinkan kejayaan pembanguanan wilayah itu.
Tambak Johor yang sedia ada sekarang sempit dan selalu sesak terutama di waktu puncak, tidak akan mampu menampung penambahan kesesakan harian akibat dari pembangunan pesat dan kemasukan besar-besaran pelabur dan penduduk asing serta pengangkutan umum yang terlibat dalam projek di WPI. Adalah munasabah dan memang sudah tiba waktunya pembinaan jambatan baru yang canggih dan moden seperti yang diimpikan ker­jaaan dulu direalisasikan segera demi mempercepat kelancaran pem­bangunan di WPI.
Bukan saja majoriti rakyat Johor yang nampak keperluan terdesak jambatan baru mengggantikan tam­bak Johor, malah Baginda Sultan Iskandar Johor juga telah nampak keperluan segera jambatan baru itu ketika mula-mula dilancarkan WPI di Teluk Danga dua tahun dulu.
Baginda Sultan dengan nada kesal dan gembira bertitah supaya dirobohkan saja tambak Johor dan digantikan dengan jambatan baru bagi memudahkan lagi urusan ke­majuan pembangunan Johor secara keseluruhan termasuk WPI.
Mengapa PM Abdullah tidak cuba memujuk PM Lee'melak­sanakan idea itu sebagai 'hadiah' kerjasama erat dan istimewa dalam menjayakan bersama WPI di mana Singapura sudah dianggap rakan kongsi utama dan negara istimewa yang akan menjayakan projek rak­saksa itu.
Jika PM Abdullah berjaya memu­juk Singapura supaya menukar fIki­ran dengan bersetuju membina semu­la jambatan bengkok atau lurus, saya kira ini boleh dianggap kejayaan amat besar dan tidak temilai bagi Ab­dullah sebagai Perdana Menteri.
Dalam suasana Singapura sangat bersedia memajukan bersama projek WPI, apa salahnya kita membuka semula idea itu yang sebenarnya boleh memberi faedah besar dan ke­untungan dalam jangka waktu pan­jang yang perlu diakui secara jujur dan insaf oleh pemerintah Singapura sama ada mereka mengakuinya atau menidakkannya.
Mengapa tidak Singapura melupakan syarat 'berat' dan 'rumit' yang telah dikenakan kepada kera­jaan kita dulu ketika mahu meneruskan pembinaan jambatan lurus.
Sebenarnya mereka boleh dipu­juk melupakan permintaan terhadap pengunaan ruang udara dan pen­jualan pasir dari negara kita. Mereka tidak perlu mengenakan 'permintaan besar' yang sesungguhnya sukar di­tunaikankerana kerajaan sekarang yang dipimpin PM Abdullah telah pun memberi ruang yang luas terbu­ka dengan insentif dan layanan istiemewa yang luarbiasa kepada pe­merintah dan syarikat swastanya dalam projek WPI.
Apa salahnya kerajaan dibawah pimpinan PM Abdullah yang disebut rapat dengan pucuk pimpinan Singa­pura menggunakan isu jambatan itu sebagai salah satu syarat tolak ansur yang perlu dikenakan kerana partisi­pasi mereka yang bermakna dan besar dalam projek WPI?
Banyak sudah dipertikai soal sikap kerajaan kita yang dikatakan terlalu berlembut dengan kerenah pemerintah Singapura yang lazim­nya 'menekan' dan mengenakan syarat yang bukan-bukan terhadap apa jua yang kita minta.
Dan sudah sampai masanya pula kita mengenakan permintaan 'besar' terhadap mereka jika mereka serius dan menganggap hubungan persaha­batan antara kedua negara memer­lukan 'pengorbanan' besar, tolak ansur dan sikap jujur yang mendalam terhadap kehendak masing-masing,
Lagi pun dengan sikap terbuka dan mesra yang telah ditunjukkan PM Abdullah dalam merealisasikan impiannya dalam projek WPI bersama rakannya PM Lee, rakyat sangat berharap Abdullah dapat me­nunjukkan sikap berani dan bijak­sana bagi menonjolkan kehendak kita itu supaya kedua-dua buah ne­gara sama-sama menang, menikmati kemajuan dan kepuasan bersama tanpa salah satu pihak merasa kalah atau dikecewakan. - Suara Keadilan

No comments: