Friday, May 10, 2013

Kerajaan Kelantan tetap kerajaan saya, akan dipertahan hingga akhir hayat, kata Husam

Mohamed Zainal Abidin Hussin
Kubang Kerian, 9 Mei:  Naib Presiden PAS. Dato' Husam Musa yang tidak dilantik semula dalam exco kerajaan Kelantan yang dibentuk selepas PRU13 berikrar akan tetap mempertahankan kerajaan negeri selagi masih ada hayat.

"Saya tetap memertahankan kerajaan ini dan akan menyokong kerajaan sekarang sekiranya ianya berjalan mengikut lunas Islam dan selari dengan kehendak rakyat, " kata beliau di hadapan ribuan penyokong yang penuh sesak dalam majlis kesyukuran PRU 13 peringkat parlimen Kubang Kerian di Pasir Tumboh malam tadi.

Namun katanya, sekiranya kerajaan ini  menyeleweng dialah orang pertama yangg akan bangkit menentang samada di dalam dewan maupun di luar dewan negeri,

Husam bagaimanapun terus menzahirkan rasa kesal beliau terhadap kaedah pembentukan kerajaan baru yang dianggap dibuat melalui perbincangan dua tiga orang dan tidak dilakukan melalui mesyuarat yang sewajarnya dilakukan oleh sebuah jamaah Islam.

"Saya tetap bertegas tidak mendapat sebarang bentuk jemputan untuk hadir ke mesyuarat yang dibuat oleh (Dato') Nik Amar dalam TV3 sekejap tadi." kata beliau merujuk penjelasan Timbalan Menteri Besar berkaitan peristiwa yang membawa kepada pembentukan kerajaan yang baru melalui televisyen.

"Mesyuarat dibuat tanpa di beri tahu kepada saya samada melalui surat, sms, mahupun telefon, sedangkan saya adah timbalan pesuruhjaya 2 PAS Kelantan, pembentukan kerajaan dibuat begitu tergesa-gesa, Tok Guru ketika itu ada di hospital," kata beliau
.
Husam yang menyertai Kerajaan Kelantan bersama Tok Guru Nik Aziz mengimbau kembali kenangan beliau bersama berjuang sejak awal menegakkan kerajaan yang berbeza dengan kerajaan kendalian Umno sehingga seluruh rakyat Malaysia kini yang ada cara alternatif untuk mengurus politik dan kerajaan di negara ini sekarang.

"Saya bersyukur di'berhentikan' sama dengan persaraan tok guru dan berdoa semoga semasa tok guru berada di syurga, saya juga ada bersama tok guru," kata beliau dalam suasana sebak dengan ramai hadirin turut menitiskan air mata.

No comments: