Friday, April 09, 2010

Sekalung tahniah buat bekas ketua wanita MCA

Masyarakat Malaysia, khsusnya kaum wanita harus meletakkan sekalung tahniah buat bekas Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun yang rela mempertahankan maruah diri dan perjuangan dengan melepaskan segala darjat dan kebesaran serta habuan keduniaan demi menolak corak hidup kebinatangan yang disahkan dengan cara hina dalam partinya sendiri.

Menurut Chew, keputusan melepaskan semua jawatan dalam parti MCA dan kerajaan Malaysia itu dibuat kerana beliau tidak boleh bekerjasama dengan Soi Lek yang terlibat dalam skandal seks.

"Peletakan jawatan saya bertujuan mempertahankan hak dan maruah golongan wanita.

''Saya bukannya keluar parti kerana saya masih yakin terhadap matlamat parti. Saya akan terus berkhidmat kepada parti tanpa mengorbankan prinsip saya," katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA, Jalan Ampang Khamis lalu.

Keputusan ini harus disambut dengan penuh hormat oleh mereka yang masih memiliki hati dan perasaan, pegangan dan keyakinan terhadap betapa manusia adalah makhluk bertaraf tinggi yang tidak harus turun ke darjat kehaiwanan dan kesyaitanan.
Muslimat PAS perlu mengadakan kunjungan hormat dan mengucapkan tahniah kepada tokoh wanita seperti ini yang sanggup berkorban mempertahankan integriti dan kehormatan manusia dan wanita.

Wanita UMNO harus memberi tekanan kepada kerajaan supaya melakukan sesuatu terhadap Chua Soi Lek malah MCA sendiri supaya kerajaan dilihat dengan jelas mempertahankan moral dan akhlak.

Rakyat Malaysia harus menonjolkan wanita seperti ini dengan apa cara supaya beliau dijadikan model dalam membina masyarakat yang terhormat pada masa depan.


No comments: