Saturday, October 27, 2007

Siddiq Fadhil anggap corak pilihanraya kampus dikendali merosakkan masa depan bangsa

Kota Bharu, 27 Oktober - Bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Datuk Dr. Siddiq Fadhil menyelar kaedah penyelenggara pilihanraya kampus baru-baru ini yang dianggap menanamkan benih kerosakan kepada generasi masa depan.

"Saya tidak berminat untuk menyokong sesiapa yang bertanding dalam pilhanraya itu tetapi kaedah pelaksanaannya yang bertentangan dengan nilai demokrasi dan keadilan universal amat merbahaya kerana para pelajar ini akan keluar sebagai pemimpin pada masa depan," kata beliau.

Dalam satu pilihanraya hanya untuk peringkat kampus, tidak harus nilai-nilai buruk dalam sistem pollitik dipaksakan secara berleluasa, kata beliau ketika membentangkan kertaskerja di persidangan pertubuhan-pertubuhan Islam Malaysia 2007 di sini pagi tadi.

Persidangan yang disertai lebih 200 pertubuhan bukan kerajaan itu dianjurkan Kerjaan Negeri Kelantan dengan kerjasama beberapa pertubuhan Islam terkenal.

No comments: