Wan Nordin Wan Yaacob Mon | Jun 02, 08 | 10:59:08 am MYT | |
KUALA LUMPUR, 2 Jun (Hrkh) - Pengerusi Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata, selain dari kerjasama antara kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang disetujui sebelum ini, terdapat beberapa langkah tambahan bagi memantapkan lagi hubungan di antara ketiga parti. Ujarnya, baru-baru ini satu mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat telah diadakan bagi membincangkan hal tersebut. Mesyuarat itu turut dihadiri Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang; Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden KeADIlan, Azmin Ali dam Sivarasa Rasiah; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Pengerusi DAP, Karpal Singh; Dr Chen Man Hin (DAP). Ujar Anwar, mesyuarat itu telah memutuskan beberapa perkara mengenai Pakatan Rakyat. Pertamanya, ujar Anwar Pakatan Rakyat membentuk sekretariat bersama membicang semua isu berkaitan dan diketuai bersama Dr Syed Husin, wakil DAP, Tan Kok Wai dan Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar. Ketiga-tiga yang wakil parti ini juga ditugaskan menyiapkan draf kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat, ujar Anwar dalam kenyataannya yang tersiar dalam blog mantan Timbalan Perdana Menteri itu. Seterusnya mesyuarat bersetuju melantik Jawatankuasa Penyelaras Parlimen di antara Azmin Ali; wakil DAP, Dr. Tan Seng Giaw dan Ketua Pemuda PAS, Sallahuddin Ayub bersama beberapa ahli Parlimen lainnya untuk mempastikan wujudnya kerjasama erat dalam semua tindakan di Parlimen, katanya. Mesyuarat itu juga bersetuju memboikot akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, katanya. Dengan pengumuman itu juga, kerajaan negeri Pakatan Rakyat juga tidak akan membeli atau mengiklan di akhbar tersebut. |
Sunday, June 01, 2008
Anwar umum strategi memperkemas Pakatan Rakyat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment