Ekmal Yusof Fri | May 30, 08 | 12:26:21 pm MYT | |
KUALA KANGSAR, 30 Mei (Hrkh) - Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak meluluskan sumbangan sebanyak RM1 juta kepada 5,000 orang miskin tegar bagi membantu saraan hidup mereka menghadapi krisis kenaikan harga bahan bakar dan barang-barang keperluan lain. "Pakatan Rakyat bersetuju memberikan bantuan kepada setiap keluarga daripada semua kaum yang benar-benar dikenal pasti miskin tegar oleh penghulu dan ketua kampung di tempat masing-masing iaitu 30 kilo beras, lima kilo gula, dua kilo minyak masak dan wang tunai sebanyak RM100.00,� kata Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam ucapan balas di majlis Taklimat Pembangunan Daerah, Bilek Gerakan Pejabat Daerah Dan Tanah disini sempena lawatan kerjanya sehari semalam. Katanya, beliau mengaku bahawa nilai bantuan kilat sebanyak itu adalah terlalu kecil dibandingkan dengan penderitaan yang ditanggung oleh mereka. Walau bagaimanapun buat sementara, beliau begitu berpuas hati kerana setakat itulah sahaja dapat disumbangkan kepada mereka yang memerlukan bantuan. "Itulah yang termampu dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat buat sementara ini sebagai sumbangan kilat. Bantuan seterusnya bergantung kepada keadaan ekonomi serta kekuatan politik kerajaan ini. Jika rezki berlimpah ruah, Insya-Allah akan ditambah," ujarnya. Sebelum itu beliau yang diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Dr Abdul Rahman Hashim dan Ahlii Exco Perak telah diberi Taklimat Pembangunan oleh Pegawai Daerah, Dato� Razali Jalal. Seterusnya, Dato' Seri Mohammad Nizar mengimbaskan kembali kepada suatu peristewa di zaman BN memerentah Perak di mana seorang ibu tunggal miskin tegar yang menjaga seorang anak lelaki kurang upaya tegar hanya mendapat bantuan RM150.00 sekali dalam setahun iaitu dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pejabat Agama (Zakat) Daerah. Untuk menampung pendapatanya ibu tua itu terpaksa menoreh getah orang sepanjang tahun. Justeru, beliau berharap sunguh-sungguh serta meletakkan kepercayaan kepada pegawai-pegawai, penghulu dan ketua kampung yang baru dipilih rakyat supaya tidak mengabaikan tanggong jawab mereka membantu dan berusaha membasmikan kemiskinan tanpa pilih warna kerana mereka juga perlu makan untuk hidup. - mns |
Friday, May 30, 2008
Peruntukan segera RM1 juta bantu 5,000 rakyat miskin tegar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment