Saya telah membaca banyak posting dari berbagai pihak. Antaranya, saya ambil dari Ustaz Nik Muhammad Abduh. Di antaranya tulisan Ustaz Nik Muhammad Abduh yang bertajuk “Apa Alternatif PAS?”.
Saya kepingin untuk bertanya kepada Ustaz Nik Muhammad Abduh, mengapa perlu bertanya sedemikian? Bukankah kita tiada alternatif melainkan menyempurnakan komitmen kita kepada Manifesto Negara Berkebajikan yang kita janjikan kepada rakyat
Saya juga hairan, adakah kerana satu insiden di mana penganjur progam telah ditipu oleh Hishamuddin Rais dan sebenarnya kelemahan pihak penganjur berbanding perkara lain?
Maka kita hendak mengkaji semula hubungan kita dalam PAkatan Rakyat?
Kita hendak memulakan langkah bekerjasama dengan UMNO? Lupakah bahawa UMNO juga amat galak di dalam menganjurkan konsert dan program hiburan? Adakah kita anggap bahawa dengan bekerjasama dengan UMNO, maka program2 hiburan serta konsert akan terhenti?
Lupakah kita di kala kita keluar sahaja dari Pakatan Rakyat dan menyertai UMNO/BN, maka 50% dari rakyat
Di kala itu, PAS hanya dapat mengharap sokongan dari 50% lagi rakyat
Di kala itu kiranya PAS keluar, PAS sudah tidak akan diberikan kepercayaan lagi oleh orang bukan Islam dan bukan Melayu dlm Negara ini. Orang Melayu pula tidak perlu lagi menyokong PAS kerana UMNO sudah kuat dan dominan.
Hasilnya, PAS akan jadi parti “hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong”, seperti parti yang “lebih kuah dari sudu”, seperti parti yang “hidup segan mati tak mau”. Sekiranya tidak, maka ingatlah, itulah yang telah berlaku kepada PAS selepas PAS ditendang keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1978 satu ketika dahulu. Adakah kita hendak dipatuk pada satu lubang dua kali?
Lupakah kita bahawa PAS pernah ditipu dan dikhianati oleh UMNO. Lupakah kita bagaimana pahitnya pengalaman ditikam dari belakang hanya kerana di waktu itu UMNO sudah kuat dan tidak memerlukan apa2 lagi pergantungan dan sokongan dari mana-mana pihak?
Apakah setengah2 pimpinan PAS begitu yakin bahawa UMNO akan menerima Islam secara menyeluruh? Begitu “naïve” sekali setengah2 pihak ini.
Lupakah kita bahawa UMNO lah penghalan perlaksanaan Islam selama ini. Sekiranya UMNO menerima perlaksanaan Islam, nescaya Islam sudah terlaksana di
Pakatan Rakyat Memberi Peluang Dakwah Kepada Non Muslims
Lupakah kita kemenangan kita baru2 ini memberi peluang kepada PAS untuk menyampaikan keadilan dan kecantikan Islam kepada mereka yang tidak beragama Islam. Lebih-lebih lagi kita tidak mahu melaksanakan syariat Islam ke atas mereka yang tidak beragama Islam.
Sekiranya mereka dapat melihat betapa adil dan saksama pemerintahan Islam, nescaya mereka tidak menentang perlaksanaan syariat Islam ke atas orang Islam di Malaysia ini.
Apa yang dikehendaki oleh orang bukan Islam hanyalah sebuah pemerintahan yang dapat menjamin masa depan mereka dan anak-anak mereka.
Pengalaman saya dengan Parti Tindakan Demokratik DAP menyatakan bahawa mereka adalah sebuah partai yang pragmatik. Sekiranya perlaksanaan syariat Islam tidak menggangu tahap sokongan rakyat bukan Islam terhadap mereka, nescaya mereka tidak menghalang.
Lupakah kita pada satu masa, DAP pernah menganjurkan forum dan dialog untuk PAS menerangkan konsep Negara Islam kepada orang Cina dan
Seharusnya sekarang ini difikirkan secara serius bagaimana hendak menggunakan kebebasan yang kita nikmati di
Bukannya melatah dan membuat cadangan yang hanya akan merugikan PAS dan perjuangan Islam.
No comments:
Post a Comment