Justeru, kata Timbalan Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh, Mafrel akan lebih memberi penumpuan di negeri-negeri berkenaan.
Ini katanya, tidak semua kawasan pilihan raya perlu dibuat pemantauan.
Katanya, dalam satu temu bual di Jalan Pantai, dekat sini, pada 15 Februari lalu, faktor yang ditentukan dalam pilihan raya umum selama ini mengambil kira beberapa faktor untuk menentukan kawasan-kawasan pemerhatian.
"Beberapa faktor untuk menentukan kawasan-kawasan pemerhatian ialah berdasarkan persepsi isu, elemen pengundi hantu, komplen atau bantahan termasuk rasuah, segi politik termasuk negeri-negeri yang mempunyai persaingan sengit dan juga kerusi-kerusi tokoh," katanya.
Menurutnya parlimen Gombak, Ipoh Timur, dan Permatang Pauh mungkin akan menjadi kawasan pemerhatian Mafrel.
Katanya, Gombak dipilih berdasarkan apa yang berlaku pada pilihan raya umum 2004 lalu.
"Walaupun tidak berlaku keganasan tetapi berlaku kekecohan, begitu juga dengan kerusi Permatang Pauh dan Ipoh Timur kriterianya ialah sebagai kerusi tokoh," katanya.
Beliau berkata, Mafrel tidak boleh membuat pemerhatian secara menyeluruh tetapi jika berjaya membuat pemerhatian tumpuan berdasarkan kriteria tersebut ia dikira pandangan keseluruhan berkenaan senario proses pilihan raya negara ini.
Sementara itu katanya, bidang kuasa secara spesifik yang diberi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pilihan raya umum kali ini ialah sebagai badan pemerhati bagi melihat dan meneliti proses perjalanan pilihan raya.
"Jadi pengiktirafan itu adalah satu pengiktiran yang besar di mana Mafrel boleh melaksanakan tugas-tugas pemerhatian itu ke seluruh kawasan pilihan raya sama ada parlimen atau Dewan Undangan Negeri (Dun) dan ke seluruh pusat pembuangan undi.
Katanya, SPR mengeluar surat pengiktirafan kepada mereka pada 22 Januari lalu.
Beliau berkata, pengiktirafan tersebut adalah kelangsungan pengiktirafan yang diberi dalam pilihan raya kecil Machap dan Ijok dulu.
Namun katanya, pengiktirafan itu diberi untuk tujuan proses pada hari pembuangan undi saja.
"Walaupun begitu sebenarnya proses yang kami buat pemerhatian adalah proses keseluruhan daripada sebelum hari pilihan raya iaitu berkenaan dengan daftar pemilih, hari penamaan calon, selepas hari penaman calon iaitu kempen-kempen.
"Kempen ialah satu proses pilihan raya jadi kita juga buat pemerhatian dan selepas itu hari pembuangan undi itu sendiri dan diikuti dengan pengiraan undi dan kemudian ialah perjumlahan rasmi," katanya.
Beliau berkata, hakikatnya semua proses Mafrel melakukan pemerhatian biarpun bidang kuasa yang diberikan hanya pada hari pengundian.
Katanya ini bagi memudahkan mereka membuat laporan kepada SPR dan katanya seharusnya laporan itu mendapat pemerhatian SPR.
Katanya, bidang kuasa yang diberikan itu memerlukan tenaga kerja dan dana yang besar.
Tambahan pula katanya Mafrel meletakkan 50 kawasan sebagai tumpuan yang mana melibatkan kira-kira 500 sukarelawan.
Sementara itu, katanya, walaupun Mafrel menghadapi masalah dana, mereka tetap berusaha untuk mendapatkannya daripada dana awam iaitu dana dari wang rakyat.
"Oleh kerana kami melaksanakan permerhatian untuk amanah rakyat jadi kami berhak untuk menuntut dana tersebut biarpun prosesnya agak remeh," katanya.
Katanya, jumlah dana yang diperlukan ialah sebanyak 5.7 juta.
Bagaimanapun katanya, jika dana yang dituntut itu tidak berjaya Mafrel tetap melaksanakan proses pilihan raya kali ini.
Dalam pada itu katanya, mereka juga mendapat dana dari kedutaan Findland dan dari The Asia Foundation untuk membantu mereka menjalankan tugas pemerhatian pilihan raya.
Mengulas mengenai pemantauan luar negara, Syed Ibrahim berkata Mafrel mengalu-alukan kedatangan mereka bahkan ia boleh membantu pihaknya.
"Saya rasa dari segi imej Malaysia bagus maknanya memang benar kita ini telus dan tidak ada apa-apa masalah dari segi proses pilihan raya.
"Jadi adalah lebih baik kita benar pemerhati antarabangsa datang lagipun dulu pengerusi SPR menyebut proses pilihan raya kit adalah proses yang baik di dunia.
"Oleh kerana itu mengapa tidak membenarkan pemerhati antarabangsa untuk turut hadir dan melihat sendiri proses pilihan raya negara kita," katanya.
No comments:
Post a Comment