| May 7, 09 8:31am |
| Persidangan DUN Perak yang dinanti-nantikan - menentukan hidup mati secara rasmi pentadbiran menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan kestabilan kerajaan pencabarnya Datuk Zambry Abd Kadir - bermula seawal subuh hari ini apabila sekumpulan penyokong PAS mengadakan solat hajat di Manjoi, beberapa kilometer dari pusat bandar Ipoh. Berikut perkembangan terkini di Perak: 3.47pm Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah menamatkan titah ucapan baginda dalam perasmian pembukaan sidang dewan setelah menyampaikan ucapan kira-kira setengah jam. 3.15pm Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah berangkat masuk ke dewan untuk majlis rasmi pembukaan persidangan DUN. Baginda kemudian bertitah kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) dan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan). Mohamad Nizar kemudian menyeru semua ADUN Pakatan agar duduk dan mereka semua kembali di tempat masing-masing. 3.13pm V Sivakumar dibawa oleh kumpulan polis dari dalam dewan ke satu tempat yang tidak didedahkan. Hanya isteri beliau dibenarkan berjumpa ADUN DAP itu. 3.12pm Kenderaan rasmi Speaker DUN V Sivakumar jenis Toyota Camry dengan nombor pendaftaran AFD 999 kelihatan keluar dengan seorang penumpang wanita tetapi ADUN DAP itu tidak berada di dalamnya. 3.10pm R Ganesan, speaker baru lantikan BN, memulakan persidangan dewan dengan meminta seorang pegawai DUN membacakan doa. Beliau juga mengarah keluar dua ADUN Pakatan - Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai) dan Chang Lih Kang (PKR-Teja) - tetapi mereka enggan. Speaker itu kemudian menangguhkan dewan bagi menunggu keberangkatan tiba Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah. 3pm Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, yang sedang ditahan polis di balai polis Sungai Senam di Ipoh, memberitahu Malaysiakini melalui telefon bahawa beliau tidak pasti bila akan dibebaskan. Beberapa lagi ahli parlimen - Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) dan Mujahid Yusof Rawa (PAS-Parti Buntar) - juga sudah memberikan keterangan kepada polis. Katanya, kira-kira 40 lagi turut ditahan pagi ini berdekatan bangunan DUN Perak yang menyaksikan persidangan genting bagi Pakatan Rakyat dan BN. Difahamkan polis 13 orang orang setakat ini, tetapi jumlah mereka yang ditahan tidak dapat diperolehi. Usaha menghubungi polis gagal. Seorang tokoh DAP Lim Kit Siang berkata 64 orang ditahan. 2.55pm Kumpulan "pegawai" mengelilingi tempat duduk Speaker - kini diambil alih oleh R Ganesan - untuk mengawal keadaan. 2.41pm Sekumpulan lelaki berjaket, dengan tag nama "pegawai", yang dilaporkan anggota polis mengheret V Sivakumar dan memaksanya keluar dewan. 2.35pm Usaha pengawal dewan dan kakitangan DUN mengalihkan V Sivakumar dari tempat duduknya dibantah oleh Speaker tersebut dan sekumpulan ADUN Pakatan Rakyat. Sementara sekumpulan ADUN Pakatan yang lain cuba membawa keluar Ganesan, speaker lantikan BN, dari dewan. 2.15pm Persidangan dewan negeri Perak bersambung. Wakil-wakil rakyat Pakatan cuba menghalang R Ganesan, speaker lantikan BN, memasuki dewan. Suasana kelam-kabut dan tidak menentu di dalam bangunan tersebut. Saling tolak-menolak dan tumbuk-menumbuk, beberapa ADUN kelihatan nerdiri di atas meja. Bebarapa pegawai polis masuk ke dalam dewan DUN bagi menenangkan keadaan, dengan disambut jeritan ADUN Pakatan agar mereka meninggalkan dewan. Pada waktu yang sama, wakil-wakil rakyat pula berusaha membuang keluar V Sivakumar dari tempat duduk Speaker - tetapi beliau masih dikelilingi oleh beberapa ADUN Pakatan. 1.10pm Difahamkan Zambry bertemu dengan Raja Nazrin Shah - yang dijadual membuka secara rasmi persidangan DUN Perak pagi ini - di luar dewan. Tiada maklumat lengkap tentang pertemuan dan tujuannya. 12.55pm Enggan meninggalkan dewan R Ganesan, speaker baru lantikan BN, mengumumkan penangguhan sidang dewan DUN Perak selama sejam lagi. Keadaan kembali tenang dengan kedua-dua pihak duduk kembali di tempat masing-masing. 12.45pm Thomas Su, ADUN Pasir Pinji, mengunjukkan sekeping wang RM50 ke arah timbalan Speaker, Hee Yit Foong, sambil menjerit "pergi mampus" dalam dialek Kantonis. ADUN Aulong, Yew Tian Hoe pula kemudian membaling dua keping wang kertas RM1 ke arah Hee, yang juga ADUN Jelapang. Bekas ADUN DAP itu, kini wakil rakyat bebas, mengambil wang itu dan mencarik-carikkannya. Wakil-wakil rakyat BN merakamkan gelagat dua ADUN DAP itu dengan video telefon mereka, sementara tindakan serupa dibuat oleh ADUN Pakatan. 12.37pm Hampir semua ADUN Pakatan Rakyat mengerumuni kawasan tempat duduk ADUN BN bagi meminta R Ganesan - speaker baru lantikan BN yang duduk di situ - meninggalkan dewan. Kumpulan ADUN BN mempertahankan Ganesan, dan berlaku sekali pertengkaran di dalam dewan yang mulia itu. Berlaku sedikit pergelutan seketika antara ADUN BN dan Pakatan tetapi mereka kemudian menghentikannya. Ganesan, bekas ADUN Sungkai dan pemimpin MIC Perak, tetap berdegil dan terus duduk di situ. 12.15pm Speaker asal V Sivakumar mengharamkan R Ganesan, speaker baru yang dilantik BN, meninggalkan dewan. Kemudian beberapa ADUN Pakatan mendekati Ganesan agar berbuat demikian dan mereka bertengkar. Mengejutkan, wakil-wakil rakyat BN hanya duduk dan memerhatikan gelagat tersebut, sambil membuat bising. 11.59am Tidak pasti bila Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah akan masuk ke dewan untuk merasmikan pembukaan persidangan DUN Perak. Kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan sedang menunggu di dalam dewan. Tiada lagi pertikaman lidah seperti sejak dua jam lalu. Mereka sedang menunggu. 11.22am V Sivakumar, speaker Pakatan, memulakan semula persidangan DUN walaupun R Ganesan, speaker BN, menangguhkannya sebentar tadi. Jika mereka enggan berbuat demikian, beliau enggan memulakan persidangan tersebut. Kedua-dua pihak bertikam lidah sekali lagi dari tempat duduk masing-masing, tidak seperti tadi. Wakil-wakil rakyat Pakatan berkumpul di sekeliling menteri besar mereka Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan berbincang dengan mereka tindakan selanjutnya. Kedua-dua pihak masih bertegang leher tetapi tidak sehangat tadi. 11.13am Zambry membawa usul agar persidangan dewan ditangguhkan dan ia diluluskan. Persidangan dewan ditangguhkan, kata Ganesan. Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah yang dijadualkan membuka secara rasmi persidangan hari pertama belum boleh memasuki dewan. 11.01am Wakil-wakil BN berdiri mengelilingi timbalan Speaker, Hee Yit Fong dan menteri besar mereka Zambry. Mikrofon Speaker kini dimatikan tetapi mikrofon depan Hee dan Zambry masih berfungsi walaupun telah dimatikan sebelumnya. Dengan perlindungan kumpulan ADUN BN itu, Hee mengumumkan beliau kini sebagai pemangku Speaker dan mengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau V Sivakumar daripada kerusi Speaker. Mereka bagaimanapun tidak bertindak mematuhi arah tersebut. Kemudian Zambry mengusulkan Sivakumar digugurkan sebagai Speaker dengan sokongan tangan semua ADUN BN. Zambry kemudian membawa usul melatikan R Ganesan sebagai Speaker baru. Dengan cepat Ganesan tampil dan menerima pakaian rasmi Speaker, memakainya, mengangkat sumpah dan menandatangani beberapa dokumen berkaitan di tempat ADUN BN. Sivakumar masih duduk bertahan di kerusinya, sambil menjerit "Speaker (Ganesan) ini haram", "selagi Speaker ada di sini, Speaker ini (Ganesan) adalah haram" dan "Perak ada Speaker haram." Ganesan kini cuba mengambil alih perjalanan dewan dan wakil-wakil BN membawa beberapa usul lagi. Sivakumar kemudian bangun semula dan mengumumkan - tanpa mikrofon - semua usul yang dibawa sebentar tadi ditolak oleh beliau sebagai Speaker. ADUN Pakatan bersorak gembira. Kumpulan wakil rakyat BN mengabaikan arahan Sivakumar, dan meneruskan dengan usul bahawa perhimpunan di bawah pokok, pada awal Mac, anjuran Pakatan Rakyat sebagai tidak sah. 10.35am Kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan terus bertegang. Speaker terus mengulangi bahawa usul yang dibawa Zambry untuk menggantikan beliau terbatal dan tidak sah, sementara menteri besar BN itu tetap bertegas Speaker itu telah diganti. Kedua-dua pihak berkerumun di kerusi menteri besar di dalam dewan dan terus bertikam lidah. Setiausaha dewan cuba campur tangan tetapi ADUN Pakatan mengawalnya, sementara Speaker tidak melayannya. Zambry cuba mengumumkan Speaker telah ditukar tetapi tetapi semua mikrofon ADUN telah dimatikan kecuali di depan Speaker. Setiap kali Zambry cuba bersuara, ADUN Pakatan Rakyat membuat bising. Suasana tegang berlanjutan. Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah yang dijadualkan membuka secara rasmi persidangan tersebut belum boleh memasuki dewan akibat ketegangan tersebut. 10.20am Suasana kecoh di dalam dewan apabila kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan Rakyat masing-masing bangun untuk campur tangan keputusan Speaker, V Sivakumar. Mereka menggesa Abdullah agar tidak campur tangan dengan alasan beliau hanya seorang kakitangan kerajaan. Tindakan itu mendorong wakil-wakil rakyat BN bangun dan turut berhujah. Kedua-dua pihak saling bertengkar dan menjerit-jerit. Suasana dewan menjadi tidak tentu hala. Bagaimanapun tiada pergaduhan fizikal berlaku. Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir cuba berkata sesuatu tetapi Speaker menjawab bahawa beliau enggan mendengarnya. ADUN-ADUN Pakatan juga cuba menghalang Zambry bercakap. Menteri besar BN cuba membawa usul menggantikan Speaker tetapi ditolak. 9.55am Speaker DUN V Sivakumar mengarahkan Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir dan enam exconya - yang digantung oleh jawatankuasa khas dewan tersebut - keluar. Beliau enggan memulakan persidangan jika ketujuh-tujuh itu enggan mematuhi arahannya. Wakil-wakil Pakatan Rakyat menepuk meja sebagai tanda sokongan. Tindakan tersebut bermakna Speaker - yang mempunyai kuasa tersendiri dalam cabang legislatif - tidak mengiktiraf keputusan mahkamah yang telah membatalkan penggantungan yang dibuat oleh DUN. Sivakumar, yang mengetuai jawatankuasa hak dan kebebasan DUN Perak, juga mengarahkan tiga ADUN bebas meninggalkan dewan. Ketiga-tiganya dianggap telah meletakkan jawatan awal Februari lalu, sebelum rampasan kuasa BN. Wakil-wakil Pakatan Rakyat menepuk meja dan menjerit "keluar" ke arah 10 ADUN tersebut, tetapi mereka masih berdegil. ADUN Pakatan dan BN masing-masing menjerit ke arah satu sama lain. Speaker DUN terus mengarahkan 10 ADUN itu meninggalkan dewan. Kedua-dua pihak BN dan Pakatan masih saling jerit-menjerit ke arah satu sama lain. 9.30am Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah tiba untuk memeriksa perbarisan di luar dewan DUN. Kedatangan baginda disambut dengan rasa hormat semua ADUN Pakatan Rakyat, mereka semua berdiri, tidak seperti sikap mereka terhadap Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir yang tidak menerima penghormatan itu. Beliau berjabat tangan dengan Speaker DUN V Sivakumar, juga seorang ADUN DAP bagi Tronoh. 9.23am Bilangan anggota polis yang kebanyakan berpakaian biasa - dalam vest kuning bertulisan "polis" - semakin ramai di bangunan Umno. Suasana tenang, helikopter kelihatan mengawal dari udara. 9.00am Ahli parlimen PKR-Ampang, Zuraida Kamaruddin [foto, serba hitam] dan ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong - yang ditahan - dibawa di dalam trak polis. Mereka menjerit "1Black Malaysia", "bubar DUN" dan "reformasi." 8.40am Semua lebih kurang berada di perkarangan lobi bangunan Umno Perak, beberapa kilometer dari bangunan DUN. Sepanduk yang direntang berbunyi, antaranya, "kami anti penderhaka, pertahankan hak rakyat, biarkan DUN bersidang dengan aman." Mereka juga melaungkan "daulat tuanku." 8.35am Mohamad Nizar dan semua ADUN Pakatan masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan. Semua pengawal peribadi mereka disekat masuk di pintu utama. Pemandu dibenarkan masuk. Tiga orang ditahan polis, termasuk ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong. 7.55am Kira-kira 100 penyokong BN berkumpul di bangunan Umno, beberapa kilometer dari bangunan DUN Perak. 7.45am Kawalan keselamatan ketat di Bangunan Perak Darul Ridzuan - yang menempatkan DUN Perak - bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada hari pertama persidangan yang akan dibuka secara rasmi oleh Raja Muda Perak. |
Thursday, May 07, 2009
DUN Perak selamat dibuka
Wednesday, May 06, 2009
Dr M: Ruler cannot remove head of govt
By DHARMENDER SINGH
PUTRAJAYA: The state’s ruler cannot remove the head of government in Perak if provisions under the state constitution are the same as those under the Federal Constitution, said former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad.
He said the Federal Constitution stated clearly that the monarch could only decide on whether or not to appoint an individual as the prime minister but did not have the power to remove the premier.
The prime minister can only be removed through a vote of no confidence in Parliament.
“I think the provisions in the Federal Constitution should apply to Perak but I do not know (the Perak state constitution) and if Perak is different then I stand corrected,” he told a press conference after delivering his keynote address on The Role of the Executive, Legislative, Judiciary and Constitutional Monarchy at the ninth Perdana Discourse Series here Wednesday.
Asked if he thought there had been any abuse of the system in the removal of former Perak mentri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin by the Sultan of Perak, Sultan Azlan Shah, he said the matter had been referred to the courts, and the courts should be allowed to decide.
Dr Mahathir said he also felt that Barisan Nasional had rushed into taking over the Perak state government when it should have taken the time to consider the decision properly before acting.
“They may have been doing the right thing but it was still a little bit hasty and when we are in too much of a hurry we always make mistakes. In any situation, always give yourself time to think,” he said.
On whether fresh elections should be held to allow the people to decide on the government in Perak, he said, it was not a matter for him to decide and people would have the chance to make the decision whenever elections were held.
“They (voters) can also sell their votes for only RM200 but they should remember that they are betraying their country and the future of their children and grandchildren,” he said.
On whether some civil servants had also overstepped their bounds when making decisions related to the state government, he said he was not sure if it were the civil servants or the legislative body that made the decisions.
The civil servants, he said, could have been just executing orders given to them.
However, Dr Mahathir also hit out at blogs that attacked the Sultan of Perak. He said that had been no abuse of power.
It was the former premier who clipped the powers of the royals during his tenure, with amendments to the Constitution that removed their immunity to being sued in their personal capacity.
“Having made the law, it is easy for people to blame the chap who made the law (allowing rulers to be sued), but the law was not made to sue the Sultan politically,” he said.
He said the Federal Constitution stated clearly that the monarch could only decide on whether or not to appoint an individual as the prime minister but did not have the power to remove the premier.
The prime minister can only be removed through a vote of no confidence in Parliament.
“I think the provisions in the Federal Constitution should apply to Perak but I do not know (the Perak state constitution) and if Perak is different then I stand corrected,” he told a press conference after delivering his keynote address on The Role of the Executive, Legislative, Judiciary and Constitutional Monarchy at the ninth Perdana Discourse Series here Wednesday.
Asked if he thought there had been any abuse of the system in the removal of former Perak mentri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin by the Sultan of Perak, Sultan Azlan Shah, he said the matter had been referred to the courts, and the courts should be allowed to decide.
Dr Mahathir said he also felt that Barisan Nasional had rushed into taking over the Perak state government when it should have taken the time to consider the decision properly before acting.
“They may have been doing the right thing but it was still a little bit hasty and when we are in too much of a hurry we always make mistakes. In any situation, always give yourself time to think,” he said.
On whether fresh elections should be held to allow the people to decide on the government in Perak, he said, it was not a matter for him to decide and people would have the chance to make the decision whenever elections were held.
“They (voters) can also sell their votes for only RM200 but they should remember that they are betraying their country and the future of their children and grandchildren,” he said.
On whether some civil servants had also overstepped their bounds when making decisions related to the state government, he said he was not sure if it were the civil servants or the legislative body that made the decisions.
The civil servants, he said, could have been just executing orders given to them.
However, Dr Mahathir also hit out at blogs that attacked the Sultan of Perak. He said that had been no abuse of power.
It was the former premier who clipped the powers of the royals during his tenure, with amendments to the Constitution that removed their immunity to being sued in their personal capacity.
“Having made the law, it is easy for people to blame the chap who made the law (allowing rulers to be sued), but the law was not made to sue the Sultan politically,” he said.
Tuesday, April 28, 2009
Tengku Temenggung K'tan hantar 'utusan damai' ke Jakarta
Jimadie Shah Othman Apr 28, 09 3:23pm
Tengku Temenggung Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Tuanku Ismail Petra telah menghantar "utusan" untuk menemui ibu mertuanya, Daisy Fajarina, di Jakarta bagi mendamaikan hubungan antara kedua belah pihak, kata teman rapat pasangan tersebut, Mohd Soberi Shafii.Mohd Soberi - yang mengaku kerap bersama pasangan tersebut sejak pertemuan pertama Manoharan Odelia Pinot dengan Tengku Muhammad Fakhry tiga tahun lalu - berkata utusan tersebut berlepas ke Jakarta semalam."Beliau pergi jam 2 (petang semalam). Saya rasa ibu Manohara (Daisy) tidak mahu berjumpa. Tetapi kita hantarlah," katanya yang kerap menggunakan slanga Indonesia dalam perbualannya.Mohd Soberi bersetuju menemui Malaysiakini, sebuah agensi berita Indonesia - Antara - dan sebuah stesyen TV republik itu - TVOne - untuk menceritakan versi beliau mengenai isu sensasi itu. Pertemuan hampir sejam itu berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibunegara petang semalam.Menurut Mohd Soberi, utusan itu juga diminta terus menjaga kebajikan ibu bekas model terkenal itu dan kakak beliau, Dewi Asih Pinot."Istana tidak mahu campur," kata Mohd Sobri bahawa utusan tersebut bukan wakil rasmi Istana Kelantan.Sehubungan itu, kata Mohd Soberi (foto), penyelesaian konflik pasangan tersebut kini "terpulang" kepada sikap ibu Manohara.Tarik balik larangan"(Perkara itu) terpulang kepada Daisy. Kalau (beliau kekal) agresif, masih berdendam, bagaimana (hendak selesai)?" kata Mohd Soberi Shafii. Daisy sebelum ini mendakwa anaknya itu diculik dan didera kerabat diraja Kelantan itu, yang juga suaminya, dan juga mendakwa pernah didera, termasuk dilukakan di bahagian dada.Isu itu mendapat perhatian besar, khususnya media Indonesia apabila Daisy tampil membuat kenyataan akhbar, mendesak campurtangan pemerintah republik itu.Daisy juga berkata, beliau tidak dibenarkan masuk ke Malaysia, yang didakwanya atas arahan Istana Kelantan. Bagaimanapun, pihak imigresen menarik balik larangan tersebut Isnin lalu, atas Kementerian Dalam Negeri (KDN).Mohd Sobri juga berkata tidak perlu Duta Besar Indonesia di Malaysia, Dai Bachtiar membuat kunjungan ke Istana Kelantan berhubung perkara itu."Itu sudah jadi (hal) kerajaan. Kerajaan hendak masuk istana, kena sebaik-baiknya. Untuk apa (ke istana)? Kalau Pak Bachtiar pergi, tetapi ibu Daisy (foto) terus menghuru-harakan keadaan bagaimana?" soalnya.Mengenai dakwaaan Daisy bahawa Tengku Temenggung Kelantan itu 'menculik' Manohara selepas selesai mengerjakan umrah, Mohd Soberi menjelaskan, ia berpunca daripada salah faham semata-mata."Pemandu di Jeddah tidak tahu. Dia bawa Daisy ke tempat jet (akan berlepas) juga. Itu yang jadi kelam-kabut sikit. Jet bila tutup pintu, tidak boleh buka dah. Pulang dari Umrah"Jadi, tertinggalah beliau (Daisy). Itu saja, itu yang beliau kata culik itu," katanya sambil menambah, Daisy sepatutnya pulang menaiki penerbangan lain.Mohd Sobri berkata, beliau juga berada di situ dan menaiki jet yang sama dengan Tengku Temenggung dan isterinya pulang ke tanahair.Menurutnya, turut bersama mereka ialah seorang pengawal peribadi suami isteri itu."Ejen perlancongan lupa cakap pada pemandu kereta. Sepatutnya (selepas) turun dari hotel, kita ke jet, beliau (Daisy) ke (penerbangan) komersial."Ibunya tak tahu. Bila ibu tengok anak naik jet, ibu menangis. Tetapi dalam kapal terbang, Manohara telefon beritahu (ibunya) mahu balik Kelantan dan ibu (pulang) ke jakarta," katanya.Mohd Soberi mendakwa 'ketengangan' antara kedua pihak itu bermula apabila Daisy didakwa menuntut kerabat diraja itu melangsaikan hutangnya."Beliau (Daisy) minta supaya Tengku TT (Tengku Temenggung) bayar hutang. Sedangkan TT telah beri RM300,000," kata Mohd Sobri yang mendakwa hutang Daisy berjumlah RM600,000. "Satu malam beliau bertempik di rumah Tengku TT, tempik macam orang gila. Kenapa tak bagi wang? Anak sudah dikahwini. (Tengku) TT kata hendak bayar, (dan minta) acknowledgement RM300,000 yang telah dibayar sebelum ini," kata Mohd Sobri.'Berjanji di depan Kaabah'Selepas itu, katanya, Daisy menerangkan kepada Tengku Temenggung mengenai perbelanjaannya dari wang tersebut."Di situ (Daisy) mula marah, kaburkan (bawa pergi) anaknya ke Jakarta," tambah Mohd Soberi.Diminta menjelaskan keadaan semasa Manohara, beliau berkata, kedua pasangan itu sudah "berjanji dan berbai'ah" sebagai suami isteri daripada dunia sampai akhirat di depan Kaabah."Saya tanya Mano, masih mahu (bersama Tengku Temenggung)? (Katanya) Kalau tak mahu, saya sudah minta minta cerai. (Tengku) TT adalah lelaki pertama dan terakhir saya. Itulah ucapan Manohara setiap kali saya tanya, berpuluh kali," kata Mohd Soberi.Beliau juga menjelaskan, Daisy dilarang masuk ke negara ini sebelum ini bagi mengelakkan beliau membuat 'kecoh' di Kelantan, tambahan lagi ketika itu menjelang hari keputeraan Sultan Kelantan Mac tahun lalu."Di sana beliau beritahu ejen perlancongan mahu ke Kelantan, suruh Manohara minta cerai. Mahu bawa balik Manohara. Kalau tak, beliau kecohkan hari keputeraan (Sultan). Ibu Daisy ini agresif, beliau tak takut sesiapa," katanya.Mohd Sobri berkata, pertemuan ibunya dengan gadis berumur 17 tahun itu tidak sesuai diadakan pada masa ini."Kalau kita pertemukan (mereka) saat ini, saat beliau marah dan berdendam, beliau nanti menghasut anaknya, (dengan berkata) kamu sayang akukah? Kamu mahu lihat aku matikah? Jadi Manohara tidak boleh stand itu," katanya.Sementara itu, usaha Malaysiakini beberapa kali untuk menghubungi Daisy bagi mendapatkan penjelasannya berhubung dakwaan Mohd Soberi, setakat ini belum berhasil.
Monday, April 20, 2009
Muqabalah dan Pakatan Rakyat Bukan Isu
PERUNDINGAN dengan Umno (muqabalah) dan usaha memperkukuhkan Pakatan Rakyat sepatutnya tidak dijadikan isu menjelang muktamar Pas akan datang. Isu ini tidak pantas untuk mencemarkan sesiapa. Isu ini juga tidak ‘berkelulu’ relevan untuk dijadikan isu bagi mengenepikan mana-mana individu atau kumpulan di dalam Pas.
Sayang isu ini tampaknya dijadikan modal utama oleh pihak tertentu. Sama ada Pas hendak berunding dengan Umno atau hendak mengukuhkan Pakatan Rakyat tidak berbangkit sebenarnya. Kedua perkara itu dipersetujui dan diterima oleh Pas, dan ianya baik. Tidak wajar kalau ada mana-mana pihak menjadi perkara ini satu perbezaan besar dalam minda Pas.
Tidak ada siapa yang menolak secara membabi buta mengenai kedua perkara ini. Isu perundingan juga diterima manakala isu mengukuhkan Pakatan Rakyat juga diakui. Bila Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta ianya ditukar nama dari muzakarah kepada muqabalah, bukan bermakna Mursyidul Am itu menolak secara total.
Kenapa perkara ini timbul masalah ialah apabila pembetulan oleh Nik Aziz Nik Mat itu disalah ertikan atau sengaja diputarbelitkan untuk dijadikan isu murahan. Adalah memalukan kalau seorang bertaraf ulamak mujtahid seperti beliau menafikan perundingan atau perbincangan!
Tetapi ada kecenderongan orang tertentu memainkan isu ini, menjadikan modal dalam kempen menjelang muktamar untuk menaik dan menjatuhkan antara satu sama lain. Gambaran telah diberi dan sengaja diperpanjangkan idea rundingan itu sebagai tindakan memusnahkan Pas. Ada orang yang mengetahuinya namun membuat ralat kononnya dia tidak tahu menahu.
Mereka yang menggunakan isu perundingan atau strategi memperkuatkan Pakatan ini ternyata naif dan tidak dapat mencari isu besar untuk dijadikan modal. Mereka ini juga tidak boleh berfikir jauh selain daripada berputar di sekitar kehidupan mereka yang ruang lingkungannya sekitar 40 km sahaja.
Perundingan bukannya satu dosa! Perundingan bukan bermakna automatik bersetuju dengan apa yang dirundingkan. Perundingan adalah perbincangan. Berkira biacara kata orang Kelantan. Bermuzakarah, mencari akal dan kesimpulan. Selalunya mereka yang menganjurkan perundingan adalah mereka yang cerdik dan pintar di mana dalam perundingan itu pastilah ada motif yang baik dan menguntungkannya. Tidak ada sesiapa pun berunding bagi keuntungan sebelah pihak apa lagi merugikan diri sendiri.
Hairan juga bila ada mereka yang senak akal di dalam Pas, menganggap bila Pas bercadang hendak mengadakan perundingan dengan Umno ia dikira sebagai satu tindakan yang haram. Seolah-olah perundingan itu Pas menyerahkan leher untuk dikorbankan UBN. Mereka yang menerima pandangan ini adalah mereka menutup pintu itjihad. Mereka yang tutup pintu itjihad adalah mereka yang menutup pintu ilmu dan iman!
Begitu juga dengan usaha menguatkan Pakatan Rakyat bukan hak sesetengah orang atau kumpulan tertentu. Ia bukan hak Prolib atau kumpulan Ustaz Mat, ia adalah hak dan tanggungjawab kedua-duanya. Tidak ada siapa yang hendak merelaikan Pakatan Rakyat.
Bukankah keadaan hari ini wujud dengan pembangkang memperolehi kemenangan besar kerana kerjasama politik menerusi Pakatan Rakyat? Rasanya pemimpin yang beranggapan ada pemimpin yang tidak mahu menerima hakikat ini lebih bodoh dari pemimpin yang dituduh itu!
Jika hendak mencari titik bengit, mencari salah, Pakatan Rakyat juga boleh dipertikaikan. Pakatan yang Pas jalinkan hari ini adalah dengan sebahagian orang-orang yang dulunya berada dalam BN, yang diragu itu. Pemikiran, perangai dan budaya orang berkenaan masih juga belum berubah. Apakah apabila mereka berada dalam acuan baru mereka akan berubah, tidak hipokrasi?
Apakah kerana dalam Pakatan Rakyat itu ada DAP, menyebabkan sesetengah orang dalam Pas merasakan yakin dengan Pakatan Rakyat, di mana DAP boleh menjadi saksi dan orang tengah jika berlaku apa-apa perbalahan? Nilai dan darjah keimanan DAP dalam konteks Islam samalah juga dengan nilai dan darjah keimanan parti-parti dalam BN.
Tuduhan mengatakan ada golongan dalam Pas menolak Pakatan Rakyat dan satu lagi menolak rundingan bukan isu utama dan perlu diberikan prioriti. Adalah malang kalau Pas melihat dua perkara ini walhal kedua perkara itu adalah perkara yang perlu ditangani oleh Pas secara kolektif.
Kepada calon-calon atau kumpulan yang hendak bertanding dalam Pas cubalah mengemukakan isu atau gagasan lain lebih besar dan konprehensif. Tunjukkan idea dan juga kebolehan untuk membawa perubahan kepada Pas. Membawa kekuatan. Mungkin tidak menjadi masalah kalau Pas ada dua pihak, Prolib atau Ustaz Mat, kerana ia boleh dinilai oleh perwakilan.
Dua puak itu bolehlah diumpamakan wujud dua parti dalam satu parti yang niatnya untuk memperkasakan parti. Macam konservetif dengan demokrat saling berkerjasama untuk negara bukannya untuk kumpulan dan individu. Bila dua puak ini wujud maka syura boleh dilaksanakan. Pemimpin Prolib ambil setengah, kumpulan Ustaz Mat ambil setengah. Dengan cara ini baru Pas mantap dan versatil.
Sudah sampai cara berpolitik diubah menjadi lebih terbuka dan rasional. Isu perundingan (muqabalah) dan memperkuatkan Pakatan Rakyat yang cuba ditimbulkan itu tidak ada kelas langsung dan ianya tak ubah seperti isu 'aku tak suka ayam mu suka ikan' yang layak dimainkan dalam politik kanak-kanak Pasti saja. Demi kelainan carilah isu yang lebih global yang boleh menunjukkan Pas itu sebuah parti progresif dan ahlinya berkualiti tinggi.
Monday, April 13, 2009
Bukit Gantang: Orang Melayu tolak PAS
Saturday, April 11, 2009
Sejarah telah membuktikan, betapa pilihan raya kecil Bukit Gantang menyaksikan PAS sebagai sebuah parti Islam telah ditolak oleh majoriti orang Melayu. Mereka (Melayu) adalah semuanya beragama Islam!
Mengapakah berlaku begitu? Jawapan spontan ialah kerana di situ majoriti pengundi Melayu mengenali PAS bukan sebagai sebuah parti Islam. Sebaliknya PAS dilihat sebagai parti yang menampilkan Dato' Seri Ir. Mohd Nizar sebagai orang yang terlibat dengan 'sembah derhaka' dan 'boneka orang Cina'. Atas dua faktor ini, populariti PAS merundum di semua kawasan daerah mengundi yang majoriti Melayu. Sementara itu, di kawasan daerah mengundi campuran dan majoriti Cina, PAS telah mencapai populariti yang melonjak! (Lihat jadual analisis keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang di bawah).


Justeru itu, di dalam senario politik negeri Perak dan peringkat nasional amnya, maka orang Melayu lebih sensitif dengan isu-isu klasik dan tradisi. Meskipun nilai isu klasik dan tradisi itu bukan sesuatu yang bersifat dasar/fundamental yang menjamin masa depan; ia tidak lebih daripada sensitiviti kulit/luaran yang samar bagi mana-mana kaum. Namun, itulah sikap politik orang Melayu yang menolak PAS dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang.
Sesungguhnya, PAS melalui Ir. Mohd Nizar mempunyai tugas yang berat untuk mengemudi pengundi di Bukit Gantang, terutama kalangan orang Melayu. Salah satu tugas itu ialah menjalankan kelas pengajian politik Islam kepada semua warga Bukit Gantang; terutama di DUN Trong yang dilihat memiliki trend pengundian yang begitu klasik!!
Oleh itu, kembalilah kepada seruan Tuhan Yang Esa agar kita berada di atas jalan lurus yang menjamin kesejahteraan, iaitu al-Islam sebagai suatu titian akidah untuk semua umat manusia. Persoalan orang Melayu yang taksub kepada nilai-nilai akidah adalah lebih mulia daripada mereka yang taksud kepada nilai-nilai klasik dan tradisi.
http://greencresent-wanibrah.blogspot.com/


Justeru itu, di dalam senario politik negeri Perak dan peringkat nasional amnya, maka orang Melayu lebih sensitif dengan isu-isu klasik dan tradisi. Meskipun nilai isu klasik dan tradisi itu bukan sesuatu yang bersifat dasar/fundamental yang menjamin masa depan; ia tidak lebih daripada sensitiviti kulit/luaran yang samar bagi mana-mana kaum. Namun, itulah sikap politik orang Melayu yang menolak PAS dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang.Sesungguhnya, PAS melalui Ir. Mohd Nizar mempunyai tugas yang berat untuk mengemudi pengundi di Bukit Gantang, terutama kalangan orang Melayu. Salah satu tugas itu ialah menjalankan kelas pengajian politik Islam kepada semua warga Bukit Gantang; terutama di DUN Trong yang dilihat memiliki trend pengundian yang begitu klasik!!
Oleh itu, kembalilah kepada seruan Tuhan Yang Esa agar kita berada di atas jalan lurus yang menjamin kesejahteraan, iaitu al-Islam sebagai suatu titian akidah untuk semua umat manusia. Persoalan orang Melayu yang taksub kepada nilai-nilai akidah adalah lebih mulia daripada mereka yang taksud kepada nilai-nilai klasik dan tradisi.
Subscribe to:
Posts (Atom)