Tuesday, February 17, 2009

Apakah Akan Berlaku Pilihan Raya Kecil Di Tiga Bukit?

APAKAH kebetulan ataupun telah ditakdirkan demikian, Tuhan mahu menguji kekuatan dan keimanan rakyat negara ini! Kerana menyedari bahawa orang Melayu dan rakyat Malaysia suka dan gila berpilihan raya maka ditakdirkan berlaku pilihan raya kecil di dua dua bukit, Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Maka disebabkan tidak cukup dengan dua bukit itu maka sebuah lagi bukit, (kemungkinan) kali ini Bukit Lanjan pula akan diadakan pilihan raya kecil.
Bagi Bukit Gantang dan Bukit Selambau sudah pun sahih. Tarikh pilihan rayanya pada 7 April hadapan. Manakala bukit Lanjan dalam perhitungan. Seperti kebetulan juga, tiga bangsa mewakili kerusi-kerusi berkenaan. Bukit Gantang calonnya berbangsa Melayu, Roslan Shahrom (Pas) meninggal dunia, manakala di Bukit Selambau calonya V Arumugam (PKR) bangsa India yang meletakkan jawatan atas sebab-sebab peribadi.Dan calon yang bermasalah di Bukit Lanjan ini pula berbangsa China, Elizabeth Wong (PKR). Jadi eloklah ketiga-tiga bangsa berhadapan dengan masalah dan ia disengajakan demikian bagi menguji politik semua bangsa negara ini.Pagi tadi Elizabeth Wong telah pun menawarkan diri untuk melepaskan jawatan Exco dan juga kerusi Bukit Lanjan. Tawaran itu jelas menunjukkan beliau mengambil tanggungjawab atas apa yang berlaku. Memang Elizabeth tidak boleh menafikan apa yang berlaku adalah kesalahannya. Lagipun rahsianya sudah pun tersebar sangat luas!Beliau kena ambil tanggungjawab atas apa yang berlaku. Syabas dan terima kasih diucapkan kepada beliau atas tanggungjawab itu. Tidak sampai 48 jam isu gambar bogelnya yang terdedah didedahkan, (setengah orang tidak pun tengok macam mana gambar itu) beliau sudah ambil tanggungjawab.Keputusan itu tepat. Saya tidak percaya ianya atas desakan pembangkang Selangor, tetapi itulah ketegasan dan wibawa yang ada kepada seorang pemimpin dan aktivis seperti Elizabeth. Kalau dia sudah merasakan dirinya menjatuhkan maruah parti dan kerajaan dia kena berhenti. Jangan sampai didesak dan diarah suruh berhenti baru nak berhenti atau tidak mahu berhenti juga. Ahli politik begitu (enggan berhenti walaupun ada masalah) yang tidak tahu malu dan babil.Elizabeth menerima padahnya. Tetapi dengan keputusannya itu dia harus dipuji sebagai seorang yang ada wibawa dan rasa tanggungjawab sosial yang tinggi. Berhenti bukan bermakna beliau tidak boleh meneruskan khidmat baktinya kepada masyarakat, tapi mungkin bukan menerusi dunia politik yang sensitif sampai kalau kuku kaki ‘sebayan’ pun akan diungkit oleh lawan.Persoalan kini terletak di bahu pucuk pimpinan PKR bagi menentukannya. Khabarnya perbincangan dan mesyuarat diadakan bagi memutuskan apakah tindakan terbaik baik. Pada saya, dengan apa yang berlaku dan berdasarkan pengakuan segera Elizabeth, beliau menawaran letak jawatan dan kosongkan kerusi Bukit Lanjan itu, wajar dipertimbangkan. Jalan paling baik kalau PKR dan kerajaan Pakatan Rakyat hendak bersihkan diri, terimalah tawaran Elizabeth itu.Tetapi apakah dengan mengambil tindakan itu musuh akan diam? UBN akan berhenti dari menggerudi punggung PKR? Sekiranya PKR merasakan keputusan menerima tawaran itu bukan jalan penyelesaian, mungkin tawaran itu harus ditolak.Atau kalau PKR ingin menerimanya, tetapi mungkin tidak untuk waktu ini. Kerusi Exco boleh dikosongkan tetapi mungkin bukan kerusi Bukit Lanjan. Untuk menghadapai pertarungan di tiga bukit sangat memerikkan. PKR harus memikirkan sebaik mungkin sebelum membuat keputusan.Sekiranya PKR dan kerajaan Pakatan merasakan perlu juga kerusi Bukit Lanjan itu dikosongkan, rasanya tidaklah perlu disegerakan sekuraang-kurangnya PKR harus meninjau dulu keputusan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau itu. Mendengar desakan mungkin baik, tetapi kalau terlalu akur kepada desakan ia tidak baik juga. Kerana mungkin desakan akan menjadi strategi pembangkang untuk meruntuhkan kerajaan Pakatan di Selangor.Bila dan hari apa kerusi itu akan dikosongkan terletak kepada Elizabeth dan bukannya pihak-pihak atau agensi lain jadi PKR tidak perlu gaduh.Saya percaya pemimpin PKR termasuk penasihatnya, Anwar Ibrahim punya kebijaksanaan siasah dalam menentukan ini. Perundingan juga tentu akan dibuat bersama rakan kongsinya DAP dan Pas. [wm.kl 4:30 pm 17/02/09]

No comments: